Acara/Program

Berikut adalah senarai acara dan program yang Offered oleh IDFR.

MAJLIS GRADUASI PROGRAM DIPLOMA IN DIPLOMACY (DiD) 2026

Program DiD 2026 telah diadakan dari 9 Februari hingga 21 Ogos 2026 dan telah disertai oleh 20 orang Pegawai Tadbir dan Diplomatik dari Wisma Putra dan Jabatan Perdana Menteri (JPM). Sehubungan itu, Majlis Graduasi ini diadakan sebagai satu pengiktirafan kepada kejayaan pegawai – pegawai tersebut dalam menjalani program latihan DiD selama enam bulan di IDFR. Majlis Graduasi ini dijangka akan dihadiri oleh sekurang-kurangnya 150 tetamu jemputan yang terdiri daripada ahli-ahli Mesyuarat Jawatankuasa Pensijilan Program DiD, pegawai-pegawai kanan Wisma Putra dan IDFR, peserta-peserta program DiD bersama ahli keluarga, penceramah – penceramah program DiD dan pihak media.